Monday 17 September 2012

Jom tengok sama-sama!!


Jom sama-sama kita lihat video di atas!!!!Apakah yang kamu perolehi daripada video di atas??

Berdasarkan video di atas, dapat kita kenalpasti bahawa magnet mempunyai dua kutub iaitu kutub utara(north pole) dan kutub selatan(south pole). Apakah kegunaan magnet??Magnet boleh digunakan untuk menghasilkan kompas. Magnet menarik(attract) kutub yang berbeza seperti kutub utara menarik kutub selatan. Manakala magnet menolak(repel) kutub yang sama seperti kutub utara menolak kutub utara. Ia sama seperti kita kan..Kita lebih tertarik kepda jantina yang berbeza. Lelaki akan tertarik kepada wanita. Magnet menarik objek yang diperbuat daripada besi seperti paku, sudu besi, pembaris besi dan juga klip kertas. Tetapi, magnet tidak menarik duit syiling kerana ia diperbuat daripada kuprum. Ia juga tidak menarik getah, kain, pembaris plastik kerana ia tidak diperbuat daripada besi. Bolehkah kamu menyenaraikan lagi objek yang boleh ditarik oleh magnet dan objek yang tidak boleh ditarik oleh magnet?? Selamat mencuba!!!:)

No comments:

Post a Comment