Monday 17 September 2012

Jom tengok sama-sama!!


Jom sama-sama kita lihat video di atas!!!!Apakah yang kamu perolehi daripada video di atas??

Berdasarkan video di atas, dapat kita kenalpasti bahawa magnet mempunyai dua kutub iaitu kutub utara(north pole) dan kutub selatan(south pole). Apakah kegunaan magnet??Magnet boleh digunakan untuk menghasilkan kompas. Magnet menarik(attract) kutub yang berbeza seperti kutub utara menarik kutub selatan. Manakala magnet menolak(repel) kutub yang sama seperti kutub utara menolak kutub utara. Ia sama seperti kita kan..Kita lebih tertarik kepda jantina yang berbeza. Lelaki akan tertarik kepada wanita. Magnet menarik objek yang diperbuat daripada besi seperti paku, sudu besi, pembaris besi dan juga klip kertas. Tetapi, magnet tidak menarik duit syiling kerana ia diperbuat daripada kuprum. Ia juga tidak menarik getah, kain, pembaris plastik kerana ia tidak diperbuat daripada besi. Bolehkah kamu menyenaraikan lagi objek yang boleh ditarik oleh magnet dan objek yang tidak boleh ditarik oleh magnet?? Selamat mencuba!!!:)

Saturday 15 September 2012

jom belajar tentang magnet!!!!



  
projek 2



cara yang terbaik untuk menguji kekuatan sesuatu magnet adalah dengan mengira bilangan objek yang bermagnet yang tertarik pada magnet. cuba eksperiment ini dengan menggunakan magnet anda!!!!


Hold the first paperclip in place 









bahan-bahan:
1. beberapa magnet yang berbeza jenisnya
2. sekotak klip kertas
3. buku catatan
4. pensil

apa yang perlu dilakukan:

1. minta rakan anda untuk memegang hujung magnet. 
2. lekatkan satu klip kertas pada hujung magnet tersebut.
3. sambungkan klip kertas yang lain pada klip kertas tersebut
4. sambungkan lagi klip kertas yang lain klip kertas tersebut tidak melekat lagi pada klip kertas yang lain.
5. catat bilangan klip kertas yang melekat di dalam buku catatan.
6. ulang langkah 1-5 dengan menggunakan magnet yang lain.

nota kaki: apabila klip kertas menyentuh klip kertas yang melekat pada magnet, ia menjadi magnet sementara selagi ia menyentuh magnet sebenar! ia boleh digunakan untuk menarik klip kertas yang lain. sesetengah magnet boleh membentuk rantaian klip kertas yang panjang. manakala, ada magnet lain yang hanya boleh membentuk rantaian klip kertas yang pendek. bilangan klip kertas yang membentuk rantaian menentukan kekuatan magnet tersebut. semakin kuat sesuatu magnet, semakin kuat kekuatan magnet tersebut. 

selamat mencuba!!!!!:) 






jom belajar tentang magnet!!!

jom belajar tentang magnet!!!

projek 1

Semua magnet mempunyai keupayaan untuk menarik magnet atau objek lain magnetik (seperti besi dan beberapa objek logam lain). Tetapi magnet tidak semestinya perlu menyentuh objek magnet untuk objek yang akan tertarik kepadanya. Cuba eksperimen ini untuk mengetahui sebabnya!!

bahan-bahan yang diperlukan:

   1. Pembaris plastik atau kayu
   2. klip kertas
   3. Dua atau lebih magnet yang berbeza
   4. buku catatan
   5. pensil

Apa yang perlu dilakukan

   1. letakkan pembaris di atas permukaan yang rata
       seperti meja.
   2. letakkan klip kertas di hujung pembaris seperti  
      berikut:


Lining up the paperclip





 
   

   



   3. letakkan magnet di hujung pembaris yang lain seperti 
       rajah di atas
   4. letakkan magnet pada suatu jarak. rapatkan magnet 
      sehingga klip kertas tertarik pada magnet.
   5. catatkan bacaan bagi jarak yang diperlukan untuk 
       menarik klip kertas dalam buku catatan.
   6. ulang langkah di atas bagi magnet yang berbeza.


Selamat mencuba!!!!


nota kaki: magnet yang kuat boleh menarik klip kertas dalam jarak yang jauh. semakin kuat sesuatu magnet,semakin jauh jarak yang diperlukan bagi menarik sesuatu objek.